Thursday, August 25, 2011

manicure ;)

Express Manicure + French.
ingat nak buat Pedicure sekali tapi takut lambat sangat & kantoi dengan boss. sebab tipu dia cakap "nak keluar pegi service kereta sekejap je" hahaha..
buat yang simple je nak raye nih, sebab kalau buat yang messy2 takut org pandang serong plak dengan kita.
yela kalao di ikutkan benda nikan haram. xsah air sembahyangnya kan ? tapi teringin punya pasal sekali skale xpe la kot.. KAN ?


Cantik x ? - Cantik kan ?


('',)


Wednesday, August 24, 2011

mood happy

kisah semalam 


happy ?...................... yela sebab dapat phone baru ;) rasenya setiap kali birthday dia mesti aku yang dapat hadiah dari dia, bukan aku yang bagi dia (rasanyalah). haha.. lagi plak bile time birthday dia aku xpenah nak cukup duit tuk belikan hadiah tuk dia. pastu kalao aku teringin sangat nak belikan dia hadiah walau xcukup duit. pasti aku akan buat trick yang sama macam taun taun lepas. pegi kat tempat yang jual hadiah tu (kedai/boutique) then nanti beli la ape benda pun walau tau duit xcukup. tapi mesti ade yang rase pelikkan ? yer aku memang xcukup duit & xkan guna c.c tuk beli hadiah dia. carenya, aku mintak dia sendiri yang tambah duit tuk beli hadiah tu ! hah sungguh xsurprise langsung.. hehe..


tapi dia jugak yang cakap aku orang miskin. so?~ harap2 dia faham la atas kemiskinan aku ni ;) 


nak cita taun ni aku dapat IP4 tu je.. 


P/S : cantik tau, wane putih (nanti aku upload) hehehe..

Thursday, August 18, 2011

PETANDA SUAMi CURANG


LELAKI TIDAK PUNYA SIKAP TELITI SEPERTI WANITA, SEBAB ITULAH BANYAK KES KECURANGAN DAPAT DIKESAN OLEH ISTERI SENDIRI DENGAN MUDAH, SUAMI YANG TIDAK SETIA INI BERUSAHA  MENUTUPI HUBUNGAN SULIT MEREKA TAPI KURANGNYA SIKAP BERHATI-HATI MENYEBABKAN MEREKA MENINGGALKAN BEBERAPA PETUNJUK YANG MEMBOLEHKAN ISTERI MENJEJAKI AKTIVITI `GELAP' MEREKA. PERHATIKAN TUJUH TANDA YANG ADA DI BAWAH INI SEKIRANYA MERASAKAN LELAKI YANG ANDA KASIHI SEDANG BERMAIN CINTA DENGAN WANITA LAIN. IA MUNGKIN DAPAT MEMBERI KEPASTIAN TERHADAP PERASAAN CURIGA ANDA ITU.
Jika suami yang anda kenali seorang yang tidak kisah tentang penerampilannya tapi mula berubah bersikap, pertama yang harus anda curiga jika seorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambu  atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain. Kata psikologi Stephanie Buehler, pakaian baru, kasut baru, dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba, atau sudah, berlaku curang.
Ada sesetengah isteri yang berasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks, tidak perlulah mereka penat melayani nafsu suami di malam hari. Tapi tahukah anda bahawa itu salah satu petanda kecurangan suami. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tak mustahil dia mungkin telah mendapatkan keperluannya dari orang lain. Menurut psikoterapi Dr. Tina Tessina, petanda lain yang juga boleh menunjukkan bahawa suami tidak setia adalah keberaniannya mencuba teknik bercinta baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia telah mendapatkan latihan ekstra di ranjang yang lain, siapa tahu?
Perhatikan juga perubahan yang satu ini, menurut Danine Manette, penulis buku Ultimate Betrayal, pasangan anda kemungkinan besar berlaku curang jika dia mula keluar rumah lebih awal untuk ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah, atau sering ke luar daerah. Perhatikan juga berapa banyak waktu yang dihabiskan di luar rumah untuk aktivitiaktiviti bukan urusan pejabat. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya.
Selain itu beri perhatian lebih jika pasangan tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari anda. Jika dia berkata bahawa dia sedang bekerja lebih masa tetapi tidak mengangkat telefon atau membalas SMS anda, maka itu petanda buruk.
Berhati-hati jika melihat senarai bil kad kredit suami dihabiskan untuk tujuan, membeli barang yang mahal, penginapan di hotel atau makan malam dengan belanja yang tinggi tapi bukan bersama anda. Orang bercinta selalunya akan saling berhubungan tak kira masa maka anda boleh saja mengesan telefon suami nombor mana yang kerap dihubungi dan menghubunginya. Mengapa? Sebab hubungan sulit boleh dikesan dengan melihat senarai panggilan
Begitu juga dengan emailnya yang dapat memberi petunjuk atas apa yang telah terjadi. Jika dahulu dia dengan mudah memberikan kata kunci email dan membenarkan anda membuka telefon bimbit tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak membenarkan anda menyentuhnya maka lakukan siasatan lanjut.
Jika pasangan anda cuba menutup perbuatannya, dia akan berusaha untuk mengubah nombor pin telefon atau menghapuskan semua senarai panggilan telefon atau SMS yang diterima. Jika itu yang terjadi, kemungkinan besar insan tersayang anda sedang berlaku curang terhadap anda.
Jika dulu pasangan anda seorang yang penyayang dan melayani anda dengan baik sekali tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah, mengkritik cara anda bergaya, berbicara, memasak dan sebagainya, itu tanda jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Begitu juga jika anda dan pasangan mudah bertengkar, dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya.
Jika itu yang terjadi, dia mungkin sedang mencari jalan untuk melepaskan diri dari anda dan mengakhiri hubungan yang ada. Atau mungkin juga dia sedang membanding-bandingkan anda dengan teman barunya. Tapi ada juga yang terjadi sebaliknya, suami bersikap sangat manis dan lembut, berbeza dengan perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana merasa bersalah atas perbuatannya yang bermain kayu tiga.
Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah `sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tidak dapat anda kenal pasti boleh menjadi petunjuk sebarang kecurangan. Pastikan bil perbelanjaan suami sesuai dengan alasan-alasannya. Jika dia berkata ke gimnasium pada satu malam tapi sebulan kemudian anda melihat ada bil makan malam di restoran yang mahal, anda sudah dapat `memerangkap' dirinya,
Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih meyakinkan lagi daripada perasaan anda sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya seperti pulang lewat, ghairah seks menurun, cara layanan yang lain macam dan pelbagai lagi.
Menurut kajian ramai wanita yang mengakui mereka melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Namun jika anda sudah melihat tanda-tanda di atas pada suami anda terpulang pada anda untuk melakukan tindakan selanjutnya sama ada mula berbincang, memperbaiki hubungan atau memutuskan. Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka.Kerana fakta-fakta yang dikemukakan diatas ini bukanlah alasan bagi anda untuk mengambil jalan singkat juga, ianya tidak seratus peratus tepat. Anggap saja bakal ada hujan bila awan itu berarak mendung. Jadikanlah fakta-fakta tersebut sebagai panduan untuk mencari kebenaran dan bertindaklah dengan bijak. Kerana dia adalah suami anda. Dan ayah kepada anak-anak anda. Selamatkanlah dia dari kesilapannya sendiri.  

DENGAN HARAPAN SUAMI SENDIRI DAPAT MELUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK MEMBACA ARTIKEL INI

Tuesday, August 16, 2011

he make me cry

i received an SMS this morning while i'm busying myself to forget for a moment the case is outrageous. he apologize on what he has been done last night. aku sebagai manusia lemah & penuh emosi telah mengalirkan air mata yang entah ke berapa kalinya. sedih ! tatau sampai bila kita harus dalam keadaan sebegini ? aku terlalu mengharapkan kehidupan yang sihat, aman damai, bahagia atau keluarga yang berkualiti. bukan macam ni yang aku cari ! sungguh aku kecewa & berasa sakit hati ibarat separuh nyawa aku telah pergi !



=(

Monday, August 15, 2011

MENCARI KETENANGAN JIWA





AYAT SERIBU DINAR









WAMAN YATTA QILLAHA YAJ'AL LAHU MAKHROJA WA YARZUQUHU MIN HAITHU LA YAHTASIBU WA MAN YATAWAKAL 'ALALLAHI FAHUWA HASBUHU INNALLAHA BAALIGHU AMRIHI QAD JA'ALALLAHU LIKULLI SYAI IN QADRAN.

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 1-2)


DOA PENENANG JIWA




Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan
Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir
Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU
Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina...
Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku...
Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…


Ameen YA ALLAH



Friday, August 12, 2011

we know what u did last summer

kan u ! i dah pesan banyak kali dengan u. macam mane saudara gaduh sekali pun darah yang mengalir xkan hilang d dalam badan. jadi ?! u da nampak sendirikan ? kawan2 u semua bermuka2. jangan la terlalu percayakan mereka walau dia baik mana sekalipon. pasti ade cerita dsebalik sesuatu yang u sendiri tatau. u bukan malaikat yang boleh bace akal fikiran & hati dorang u. tapi yang i nak pesan atau ingatkan u selalu is, JANGAN MUDAH PERCAYA ORANG LUAR. kita harus utamakan talian persaudaraan berbanding rakan. u bukan tau dorangg suka u ke x kan kan kan ? u yang tua pun kene tegur yang si muda ni. pekes ? padahal dia sikit pun xheran. hish ! tanak la macam tu nanti dia kate u yang terhegeh2 nak kawan dengan dia pulak. yuks.. choi !

see i dengan family i ? kami gaduh macam mane pun ade x nak belarutan macam ni & berpuak2. we learn from our mistake, try to respect each other & forgive each other. tanpa berasa malu & sifat ego yang d tunjukkan. xpe la u.. let them be. its their way. we had choose our way to find our happiness kan ? so abaikan mereka. kita xmintak pun duit dorang & lets walk with our own shoe & show them that we can do everything without them. lagi pun kawan u bukan 1 kan ? 


i bukan xbagi u berkawan langsung, tapi harus berpada2, bukan semua kawan u yang i maksudkan macam ape yang i cakap kat atas, cuma ade segelintir je yang macam tu. yang penting u kene ingat, u jangan abaikan family u & u lebihkan mereka. i remind u because i love u. i tanak u terasa hati lagi kay. i sentiase ade d belakang u ;P 

bagi i family is my best friend forever. tiada yang lain bisa menjadi sahabat yang terbaik selain family sendiri ;)

i love my family


(",)

Monday, August 08, 2011

anna melur

its the name for my friend's newborn daughter . it still fresh in my mind . its about me & him ;) dia adalah kawan yang sangat baik ! saya sayang berkawan dengannya . menitis air mata setiap kali tkenang cerita antara kami & kami tidak dtakdirkan untuk bkawan. terlalu berat jugak untuk melupakan dia. dia adalah kenalan saya semasa saya bkerja d THE LEGEND HOTEL (KL) - Di Atas Brasserie sebagai waitress & dia sebagai waiter . mase tu saya ingin belajar cara hidup bdikari . saya tinggal bersama kakak d Klang & bkerja d KL . hampir sbulan saya brulang untuk mencari sesuap nasi . tapi saya rasa sangat tidak berbaloi dengan gaji yang saya dapat . bulan k2 saya nekad untuk mencari bilik sewa yang bdekatan dengan tempat kerja . seorang rakan setugas mempelawa saya tinggal bersama neneknya d Gombak tanpa mengenekan barayan tapi dalam masa yang sama dia ingin neneknya mempunyai teman untuk tidur . saya bersetuju dengan pelawaan beliau yang berama RIZAL . dia juga kawan yang sangat baik ! dia menjaga saya seolah saya kekasih dia . tapi saya tidak pernah menganggap dia lebih dari sebagai seorang kawan . dia pernah mempelawa saya menaiki motor buruk yang dtungganginya selalu untuk ke tempat kerja . saya memang tidak pernah untuk menolak . saya sangat rapat dengannya . suatu malam dia bermain guitar beriramakan lagu I MISS YOU yang pernah d nyanyikan oleh BLINK 182 . mase tu lagu i miss you adalah lagu kesukaan ;) sedap telinga mendengar . sambil dia memetik guitar dia bertanya saya adakah saya kisah jika ade salah seorang dari rakan beliau suka & ingin menjaga saya dengan lebih dekat . saya tahu siapa yang dia maksudkan sebab lelaki tersebut memang betul menggambil berat hal kisah saya . saya hanya diam untuk berfikir dengan lebih dalam . saya tau lelaki yang dmaksudkan memang betul2 ikhlas ingin berkawan dengan saya . selang beberapa minggu saya memutuskan untuk mengenali lelaki itu dengan lebih lagi & saya dapati saya memang suka pada dia . tidak lame kami berkawan dia membawa saya pulang kerumah untuk d kenalkan kepada ibu bapanya . tapi sedih dia d kalangan orang yang senang & bpelajaran tinggi sedangkan saya baru berusaha bdikari untuk mencari duit tanggungan pembiayaan lanjutan akan datang . ternyata ibu yang melahirkan lelaki itu tidak bersetuju dia berkawan dengan saya & inginkan lelaki itu melanjutkan pelajarannya d tempat yang sepatutnya untuk menjadi seorang doktor . dari peristiwa tersebut banyak perkara yang saya tahu . sebelum itu dia mempartahankan saya untuk sambung pelajarannya d sini sahaja untuk menemankan saya & menjaga saya d sini . how sweet he is ! saya terlalu sedih kerana saya tidak layak untuk bkawan dengannya . tapi dengan jujurnya saya sangat menyayanginya dulu . selama 2 tahun saya menyepikan diri d kampung tanpa sebarang pekerjaan & cita2 saya juga terbantut untuk melanjutkan pelajaran dsamping bkerja sambilan . kerana ingin cuba melupakannya . setelah beberapa tahun saya cuba menghubunginya , ddapati belau teruskan hasrat ibunya untuk ke RUSSIA . hanya kiriman salam hanya mampu d buat melalui rakan karibnya . 2 minggu kemudian saya menerima 1 panggilan yang agak pelik nombornya . saya teruja mendengar suara yang sedang berada dalam talian ! dia AFFIF yang saya cari ! saya terus meminta maaf kerana berbuat demikian kepada beliau . dia yang memang baik hati memaafkan saya serta merta dia meminta saya agar jangan tinggalkan dia lagi & tunggu kepulangan nya nanti . selepas itu kami hanya mengirimi SMS untuk kekal berhubung . ternyata terang & jelas kami memang benar2 tidak mempunyai jodoh kerana setiap kepulangannya untuk bercuti d sini kami tidak berkesempatan untuk berjumpa . jadi saya memutuskan untuk berkawan biasa sahaja bukan lebih dari sepasang kekasih tanpa pengetahuannya . 

08.02.08 adalah hari pernikahan saya bersama pilihan hati saya . setelah beberapa lama tidak mengirimkan SMS kerana tidak mahu mengharap & berharap . dalam hari yang sama juga dia meminta saya untuk datang kerumahnya atas sambutan kepulangannya untuk seketika sementara dia menunggu keputusan peperiksaan & terus menyambung ke peringkat lanjut . bertapa kecewanya saya bila saya tahu batas saya dengannya ketika itu ! saya terus menghilangkan diri buat kali keduanya & mungkin untuk selamanya kerana tidak mahu dia berasa kecil hati dengan perbuatan saya . 2 rakan karibnya AMIN & AZMIN mungkin memberitahunya akan status perkahwinan saya kepada beliau . kirimin SMS terakhirnya membuatkan saya begitu sedih . hingga sekarang dia tidak melayan sebarang soalan & kiriman dari saya .

06.08.10 dia berkahwin dengan seorang pelajar d Kursk sama lavel dengan kedudukan dia sebagai seorang doktor . juga yang menjaganya ketika d Russia. kini dia sudah menjadi seorang suami & ayah kepada seorang bayi yang baru lahir pada 12.07.11 yang bernama ANNA MELUR..

mungkinkah dia masih mengingati saya ? apakah MELUR itu bermaksud saya ?  


adakah ?

MELUR itu bermaksud JASMINE ? pada dasarnya memang benar .

tapi............................................................................(wujud ke?)
kisah ini hanyalah rekaan semata-mata & tiada kene mengena d antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia