its the name for my friend's newborn daughter . it still fresh in my mind . its about me & him ;) dia adalah kawan yang sangat baik ! saya sayang berkawan dengannya . menitis air mata setiap kali tkenang cerita antara kami & kami tidak dtakdirkan untuk bkawan. terlalu berat jugak untuk melupakan dia. dia adalah kenalan saya semasa saya bkerja d THE LEGEND HOTEL (KL) - Di Atas Brasserie sebagai waitress & dia sebagai waiter . mase tu saya ingin belajar cara hidup bdikari . saya tinggal bersama kakak d Klang & bkerja d KL . hampir sbulan saya brulang untuk mencari sesuap nasi . tapi saya rasa sangat tidak berbaloi dengan gaji yang saya dapat . bulan k2 saya nekad untuk mencari bilik sewa yang bdekatan dengan tempat kerja . seorang rakan setugas mempelawa saya tinggal bersama neneknya d Gombak tanpa mengenekan barayan tapi dalam masa yang sama dia ingin neneknya mempunyai teman untuk tidur . saya bersetuju dengan pelawaan beliau yang berama RIZAL . dia juga kawan yang sangat baik ! dia menjaga saya seolah saya kekasih dia . tapi saya tidak pernah menganggap dia lebih dari sebagai seorang kawan . dia pernah mempelawa saya menaiki motor buruk yang dtungganginya selalu untuk ke tempat kerja . saya memang tidak pernah untuk menolak . saya sangat rapat dengannya . suatu malam dia bermain guitar beriramakan lagu I MISS YOU yang pernah d nyanyikan oleh BLINK 182 . mase tu lagu i miss you adalah lagu kesukaan ;) sedap telinga mendengar . sambil dia memetik guitar dia bertanya saya adakah saya kisah jika ade salah seorang dari rakan beliau suka & ingin menjaga saya dengan lebih dekat . saya tahu siapa yang dia maksudkan sebab lelaki tersebut memang betul menggambil berat hal kisah saya . saya hanya diam untuk berfikir dengan lebih dalam . saya tau lelaki yang dmaksudkan memang betul2 ikhlas ingin berkawan dengan saya . selang beberapa minggu saya memutuskan untuk mengenali lelaki itu dengan lebih lagi & saya dapati saya memang suka pada dia . tidak lame kami berkawan dia membawa saya pulang kerumah untuk d kenalkan kepada ibu bapanya . tapi sedih dia d kalangan orang yang senang & bpelajaran tinggi sedangkan saya baru berusaha bdikari untuk mencari duit tanggungan pembiayaan lanjutan akan datang . ternyata ibu yang melahirkan lelaki itu tidak bersetuju dia berkawan dengan saya & inginkan lelaki itu melanjutkan pelajarannya d tempat yang sepatutnya untuk menjadi seorang doktor . dari peristiwa tersebut banyak perkara yang saya tahu . sebelum itu dia mempartahankan saya untuk sambung pelajarannya d sini sahaja untuk menemankan saya & menjaga saya d sini . how sweet he is ! saya terlalu sedih kerana saya tidak layak untuk bkawan dengannya . tapi dengan jujurnya saya sangat menyayanginya dulu . selama 2 tahun saya menyepikan diri d kampung tanpa sebarang pekerjaan & cita2 saya juga terbantut untuk melanjutkan pelajaran dsamping bkerja sambilan . kerana ingin cuba melupakannya . setelah beberapa tahun saya cuba menghubunginya , ddapati belau teruskan hasrat ibunya untuk ke RUSSIA . hanya kiriman salam hanya mampu d buat melalui rakan karibnya . 2 minggu kemudian saya menerima 1 panggilan yang agak pelik nombornya . saya teruja mendengar suara yang sedang berada dalam talian ! dia AFFIF yang saya cari ! saya terus meminta maaf kerana berbuat demikian kepada beliau . dia yang memang baik hati memaafkan saya serta merta dia meminta saya agar jangan tinggalkan dia lagi & tunggu kepulangan nya nanti . selepas itu kami hanya mengirimi SMS untuk kekal berhubung . ternyata terang & jelas kami memang benar2 tidak mempunyai jodoh kerana setiap kepulangannya untuk bercuti d sini kami tidak berkesempatan untuk berjumpa . jadi saya memutuskan untuk berkawan biasa sahaja bukan lebih dari sepasang kekasih tanpa pengetahuannya .
08.02.08 adalah hari pernikahan saya bersama pilihan hati saya . setelah beberapa lama tidak mengirimkan SMS kerana tidak mahu mengharap & berharap . dalam hari yang sama juga dia meminta saya untuk datang kerumahnya atas sambutan kepulangannya untuk seketika sementara dia menunggu keputusan peperiksaan & terus menyambung ke peringkat lanjut . bertapa kecewanya saya bila saya tahu batas saya dengannya ketika itu ! saya terus menghilangkan diri buat kali keduanya & mungkin untuk selamanya kerana tidak mahu dia berasa kecil hati dengan perbuatan saya . 2 rakan karibnya AMIN & AZMIN mungkin memberitahunya akan status perkahwinan saya kepada beliau . kirimin SMS terakhirnya membuatkan saya begitu sedih . hingga sekarang dia tidak melayan sebarang soalan & kiriman dari saya .
06.08.10 dia berkahwin dengan seorang pelajar d Kursk sama lavel dengan kedudukan dia sebagai seorang doktor . juga yang menjaganya ketika d Russia. kini dia sudah menjadi seorang suami & ayah kepada seorang bayi yang baru lahir pada 12.07.11 yang bernama ANNA MELUR..
mungkinkah dia masih mengingati saya ? apakah MELUR itu bermaksud saya ?
adakah ?
MELUR itu bermaksud JASMINE ? pada dasarnya memang benar .
tapi............................................................................(wujud ke?)
kisah ini hanyalah rekaan semata-mata & tiada kene mengena d antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia
MELUR itu bermaksud JASMINE ? pada dasarnya memang benar .
tapi............................................................................(wujud ke?)
kisah ini hanyalah rekaan semata-mata & tiada kene mengena d antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia
No comments:
Post a Comment