Wednesday, May 20, 2009
Perempuan Hamil & Puteri Sijangkang
Diseketika dahulu ada seorang gadis jelitawan berasal dari sebuah kampung yang besar iaitu kampung Sijangkang, gadis itu bernama Puteri Sofyah Cendana. Gadis itu berasal dari keturunan Raja, dia & abangnya telah diajar oleh kedua ibu bapanya supaya mempelajari kehidupan seperti rakyat biasa daripada dia berusia 2tahun.
Pada waktu itu dia telah berusia 21tahun, ramai jejaka dari kampung itu suka & berniat untuk memilikinya. & ramai pula gadis2 kampung yang mencemburui akan kewujudannya di situ. Ini adalah kerana sifatnya yang lemah lembut, rupanya yang cantik & berseri-seri serta sifat rendah dirinya membuatkan jejaka di kampung itu terlupa akan kewujudan gadis-gadis lain. Akan tetapi keluarg Puteri itu telah memilih & menetapkan untuk mengahwinkannya dengan seorang Putera berasal dari Banting yang bernama Putera Megat Harith.
Melihatkan persiapan perkahwinan dengan penuh kegembiraan & penuh kemeriahan, muncul seorang perempuan hamil yang berasal dari sebuah kampung yang sama di mana Puteri telah dibesarkan. Perempuan itu bernama Kasturi, dia adalah seorang pelayan VVIP dan sangat mencintai Putera Banting. Dia sanggup melakukan apa sahaja termasuk menawarkan tubuhnya atau menidurinya untuk memastikan Putera itu membalas cintanya. Tetapi cintanya ditolak kerana Putera itu menanamkan hatinya hanya untuk seorang Puteri yang bernama Puteri Sofya Cendana yang sangat dicintainya. Kasturi mendapat tahu akan persediaan perkahwinan yang akan diraikan dengan suasana yang meriah & mendapat penuh restu dari rakyat & kaum keluarga, dia muncul di masa itu untuk menyatakan dia telah hamil anak kepada Putera itu. Dia telah dihalau dari negeri itu setelah membuat pengakuan palsu sedangkan anak yang dikandunginya adalah anak hasil hubungannya dengan salah seorang pelanggan ditempat kerjanya.
Selepas kejadian itu Kasturi telah mempelajari kuasa ilmu hitam & sering perpakaian serba hitam, berniat untuk menghancurkan rumah tangga Putera itu, dengan menghantar syaitan untuk Putera itu supaya mengingati akan dirinya selalu. Putera & Puteri sering bergaduh & tidak sefahaman lagi ketika itu. Ramai pihak yang menyedari akan pekara itu & mereka segera derdoa untuk pasangan itu kembali bahagia & menasihati pasangan itu untuk kembali berdamai. Mujur mereka dikurniakan zuriat yang bole mengikat tali perhubungan mereka dengan erat. Pasangan itu telah pun membuat keputusan agar berubat untuk mendapatkan kedamaian & seorang imam istana telah memberitahu bahawa pasangan itu telah disihir untuk memutuskan hubungan yang telah terjalin.
Putera sedar akan perkara itu, beliau kini amat berhati-hati untuk melakukan sesuatu & dia amat mengambil berat akan keluarganya, dia sentiasa meminta pelindungan dari yang sepatutnya kerana dia amat mencintai isteri & anak-anaknya. Mereka telah kembali bahagia, Kasturi hanya membuat kerja yang sia-sia kerana kuasanya tidak boleh menandingi kuasa yang maha Esa & kini dia telah dihukum penjara seumur hidupnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment