malam tadi konon nak la lepak rumah biras aku ni memandangkan si suami ke workshop, aku sunyi kat rumah. maklumla belum ada peneman selain suami. agak rapat la jugak sebenarnya dengan dia. mungkin malam tadi mood dia tak berapa baik. aku salah time nak lepak rumah dia gaknya.. hihi malam jumaat kot! (aku pun tak agak agak!) patut la dia marah eh? tak tak tak! malam tadi dia miaga lagi depan rumah.. kalau dia nak ehem2 dari awal mungkin dia tutup kedai kan? hahaha..
dia tanya aku "adik mana?" aku jawab la "dia g workshop" sambil dia tengah bungkus makanan. anak dia yang sulung duduk kat depan aku tetiba tanya "cik min bile nak ada baby?, dieba ngan kak eira da mengandung". aku tau dorang da mengandung mak kau yang bagi tau haritu. aku pun jawab la "tunggu la adik kau besar sikit. kang boleh kau jaga baby cik min pulak.." hehe mase tu itu je yang terlintas kat kepala aku. dan dan pulak mak dia a.k.a biras aku tu nyampuk.
biras : kau nak tunggu apa lagi? dah dekat 4 tahun kau kawen
aku : lex r belum ade rezeki..
biras : kau tu yang tanak usaha.
aku : pe plak tak usaha.. da bersungguh dah nih. tuhan je yang belum nak bagi rezeki tu kat aku.
biras : eleh.. tah tah kau mandul kan? dorang yang baru kawen pun dah lekat.
aku : entah lah. tukan rezeki dorang..
biras : kau tunggu la mesti adik carik lain. sebab kau tak boleh beranak.
aku : takpela aku dah suruh dah. buat mase ni dia tanak (tu semua ayat pasrah dan nak sedapkan hati je)
pastu aku diam & aku terus tengok tv! aku sentap gila malam tadi wei. aku tahan je sebak kat dada nih. menagis tak berbunyi.. :(
aku redho & pasrah je kat tuhan. aku berserah pada Dia. hanya Dia je yang tahu mane yang terbaik buat aku. sebab aku percaya it happened for a reason! ya Allah tabahkan hati ku. kuatkan la semangat ku.
aku tak pun marah kat biras aku tu. sebab aku tahu memang memang mulut dia puaka. tapi aku agak berkecil hati jugak la. sebab too over. bukan anak beranak dia je yang dengar. jiran dia jugak dengar apa yang dia cakap. perghhh.. memang merajuk aku ngan dia. sebab aku selalu je dengar benda benda ni "bile nak dapat baby? bile nak jadi ibu? tanak anak ke? bile nak ini? bille nak itu?" dengan senang aku menjawab "tuhan masih menduga dan masih belum ada rezeki lagi, insyaAllah ade lah nanti. tapi tatau bila". aku dah buat check up pon. doctor kata rahim aku telur aku normal. sprem suami aku pun okay. cuma masalah belum ada rezeki je. bukan aku yang mintak tuk lambat melahirkan. kan? sentap sangat sangat okay! aku tatau kenapa aku tak boleh terima apa yang dia cakap malam tadi. mungkin jugak sebab dia pautkan suami aku nak carik lain. huaaaaaa.. xsanggup!
a little you |
it make me more strong!
No comments:
Post a Comment